Le Petit Prince

Le Petit Prince ("Si Putera Kecil", Bahasa Inggeris: The Little Prince - lihat judul-judul terjemahan rasmi di bawah) merupakan sebuah novel yang diterbitkan pada tahun 1943 karya Antoine de Saint-Exupéry, seorang ahli bangsawan Perancis, penulis, penyair dan perintis pemandu kapal terbang.Novel tersebut merupakan novel keempat yang paling banyak diterjemahkan di duniaserta diundi sebagai buku yang terbaik dalam abad ke-20 di negara Perancis. Ia menjadi salah satu buku terbitan yang terlaris dengan terjemahan dan versi sebanyak lebih 250 bahasa dan dialek (termasuk dalam cetakan Braille) dan jualan tahunan menghampiri jumlah dua juta naskhah (membawa kepada jumlah jualan keseluruhan sebanyak lebih 140 juta seluruh dunia).Sejak penerbitan pertamanya di Amerika Syarikat, novel tersebut telah diadaptasikan ke dalam pelbagai bentuk seni dan media termasuk rakaman audio, rancangan radio, pementasan langsung, filem, siri televisyen, balet malah juga opera.